Monday, September 7, 2015

Luahan Penjawat Awam Terhadap Pegawai Imigresen Dikritik Netizen!

Luahan Penjawat Awam Terhadap Pegawai Imigresen Dikritik Netizen!

BINTULU - Seorang penjawat awam meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan seorang pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Bintulu yang didakwanya berlagak. 

Luahan lelaki terbabit yang dimuat naik oleh page Kamek Miak Sarawak itu, dikritik netizen kerana dirinya tidak memahami peraturan ketika berada di kaunter Imigresen. 

Luahan Penjawat Awam Terhadap Pegawai Imigresen Dikritik Netizen!

"Pegawai Imigresen di Airport Bintulu berlagak. Aku tengok handphone pun dia nak marah. Kerja kau cop Dokumen Perjalanan Terhad aku jer. Suka hati aku la nak tengok handphone ke tak. Masuk yang satu lagi link khas untuk orang Sarawak je katanya. Sarawak pun dalam Malaysia juga. Kau orang datang Semenanjung tak ada pun kena cop apa-apa! Pegawai Imigresen siapa yang bayar gaji? Kerajaan Persekutuan ke Kerajaan Negeri? So jangan berlagak sangat! Kau penjawat awam, aku pun penjawat awam juga," kata Khairulnizam Al-Jauhari".
Malangnya, tindakannya itu memakan diri sendiri di mana sudah termaktubnya peraturan di kaunter Imigresen yang mana penumpang pesawat yang baru mendarat tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit di kaunter Imigresen. 

Ini kerana pegawai Imigresen yang bertugas perlu memastikan gambar individu yang tertera dalam MyKad adalah sama dengan pemiliknya bagi mengelakkan berlakunya kecurian identiti. 

Pegawai Imigresen terbabit hanyalah menjalankan tugasnya sahaja namun disalah ertikan oleh lelaki berkenaan yang menganggap kerja kakitangan Imigresen di kaunter lapangan terbang hanya untuk menurunkan cop pada Dokumen Perjalanan Terhad mereka sahaja.

Adalah amat tidak wajar seorang penjawat awam memperlekehkan penjawat awam yang lain. Jika dilihat pada tindakannya itu, ia boleh disabitkan sebagai kesalahan yang cuba menghalang penjawat awam melaksanakan tugas.

Luahan Penjawat Awam Terhadap Pegawai Imigresen Dikritik Netizen! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.