Wednesday, September 30, 2015

Lihatlah Lelaki Ini Dengan Kesungguhannya, Sedangkan Kita??

Lihatlah Lelaki Ini Dengan Kesungguhannya, Sedangkan Kita??

Rezeki itu ada dimana-mana, mahu dengan tidak mahu sahaja. Apa yang penting kita haruslah bekerja keras demi mencari rezeki yang halal.

Kisah ini telah dikongsikan menerusi salah sebuah laman sosial Facebook Kelab Che Det menceritakan tentang seorang anak muda dengan kesungguhannya melariskan hasil jualannya. Sifat inilah yang harus dicontohi oleh masyarakat kita.

Lihatlah Lelaki Ini Dengan Kesungguhannya, Sedangkan Kita??

"DIA tidak menanti pelanggan tapi dia yang mencari pelanggan. Berlari dia ke sana sini bila ada pelanggan yang panggil," tulis seorang admin dalam sebuah perkongsian di Facebook Kelab Che Det semalam.

Katanya, beliau kagum dengan cara pemuda tersebut memperagakan makanan jualan di tepi sebuah jalan besar berhadapan dengan stesen minyak Petronas Ampang Jaya, Kuala Lumpur.

"Mee!! Sandwich!! Jerit anak muda ini, sambil angkat tangan memegang barang jualannya," tulis admin tersebut.

Beliau juga sempat menegur pemuda berkenaan dan membeli sebungkus mee goreng.

Katanya, kesungguhan anak muda tersebut dalam mencari rezeki demi keluarga merupakan motivasi untuk orang lain berusaha mencari rezeki.

Perkongsian tersebut mendapat pujian dan perhatian dari lebih 50,000  pelayar Facebook.

"Bagus adik! Berusaha kuat macam ni, InsyaALLAH anda akan maju! Janji rezeki halal dan diberkati ALLAH," kata Normah.

"Respek kat dia bukan semua anak muda berani berniaga macam ni. Kebanyakan malu tapi merempit, meragut, minum arak, hisap dadah. Semoga beliau berjaya dalam bisnesnya," kata Helymin.

Menurut seorang pelayar, pemuda berkenaan kemungkinan besar adalah anak kepada Dr Sam penyanyi lagu Saya Anak Malaysia.

Lihatlah Lelaki Ini Dengan Kesungguhannya, Sedangkan Kita?? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.