Sunday, September 20, 2015

Kes Imam Ditampar, Mangsa Tampil Beri Pendedahan!

Kes Imam Ditampar, Mangsa Tampil Beri Pendedahan!

Jumaat lalu media sosial dikejutkan dengan insiden seorang lelaki yang bertindak menampar Imam di sebuah masjid ketika solat Jumaat sedang berlangsung.

Walaubagaimanapun, keadaan Imam tersebut dilaporkan berada dalam keadaan yang baik.

Ternyata pengalaman pahit tidak diduga itu bakal menjadi satu sejarah yang pastinya tidak akan dilupakan seumur hidup selama beliau bertugas sebagai seorang imam.

Menyifatkan tamparan tepat pada mukanya itu agak kuat kerana membuatkan beliau terasa ‘berdengung’ seketika, Mohd. Zuhairee, 39 tahun; sememangnya tidak jangka perkara sedemikian akan berlaku.

Beliau yang berasal dari Melaka malahan juga menyatakan kejadian seperti itu tidak pernah berlaku sepanjang dirinya berkhidmat sebagai imam di Masjid Negara sejak tahun 2005.
“Telinga saya berdengung berdesing jugalah apabila ditampar ketika itu. Ia sekali gus membuatkan solat yang saya mengimamkan itu langsung terbatal dan hilang fokus.
“Sebelum ini perkara-perkara biasa seperti budak kecil berlari di hadapannya atau mengganggu ketika solat jemaah sering berlaku, namun kali ini ternyata berbeza,”
Walau bagaimanapun, imam yang berlulusan daripada Universiti Al-Azhar di Mesir itu menyatakan, beliau tetap perlu meneruskan tanggungjawabnya itu sejurus ditampar lelaki warganegara India berkenaan.
“Macam mana sekali pun saya tetap perlu teruskan tanggungjawab saya menjadi imam solat Jumaat dan solat hajat (susulan isu jerebu teruk) pada hari tersebut.
“Lelaki itu berjaya ditahan oleh pihak pengawal selepas itu. Memanglah tidak munasabah jika saya pula berhenti ketika itu dan terus bertumbuk dengan dia,” tambah beliau.
Namun begitu, Mohd. Zuhairee juga berkata, beliau tidak trauma dengan kejadian berkenaan tetapi akan lebih berhati-hati dan bersedia selepas ini menghadapi segala kemungkinan buruk.

Kes Imam Ditampar, Mangsa Tampil Beri Pendedahan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.