Monday, September 14, 2015

Kes Anjing Dalam Troli: Troli Sudah Dibersihkan!

Kes Anjing Dalam Troli: Troli Sudah Dibersihkan!

SHAH ALAM - Sebuah troli yang digunakan oleh dua orang wanita untuk meletakkan anjing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sudah dibersihkan.

Melalui akaun mikto Twitter Malaysia Airports @MY_Airports, troli berkenaan sudah diasingkan untuk proses pembersihan yang sepatutnya (samak).
"Harap maklum bahawa binatang peliharaan tidak dibenarkan berada di dalam bangunan terminal di dalam lapangan terbang.
"Terdapat notis yang disediakan untuk mengingatkan pengguna lapangan terbang tentang peraturan ini," kata Malaysia Airports. 
Semalam, sebuah foto yang menunjukkan dua orang wanita berdiri berdekatan sebuah troli yang diletakkan seekor anjing menjadi viral di media sosial.

Kejadian tersebut menyebabkan pelayar laman sosial mengkritik dan marah tindakan wanita tersebut yang disifatkan tidak peka terhadap kaum dan agama lain.

Ini merupakan kejadian kedua selepas insiden hampir sama berlaku di sebuah pasar raya, minggu lepas.

Sumber Sinar Harian 

Kes Anjing Dalam Troli: Troli Sudah Dibersihkan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.