Sunday, September 6, 2015

Kenyataan Keith Foo Mengenai Statusnya Yang Mengejutkan Ramai!!

Kenyataan Keith Foo Mengenai Statusnya Yang Mengejutkan Ramai!!

Sejak kebelakangan ini, boleh dikatakan makin ramai selebriti memilih untuk merahsiakan perkahwinan masing-masing kerana mahukan privasi.

Terbaharu, heboh apabila pelakon kacak Keith Foo dikatakan telah selamat bergelar suami kepada cinta hatinya, Kim Raymond sejak tahun lalu.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh pelakon lelaki tersebut di dalam majalah fesyen. Selain itu, pasangan ini dijangka akan diraikan pada penghujung tahun ini di Gemas, Negeri Sembilan.

“Ya, kami sudah kahwin. Tetapi tiada majlis. Kami hanya daftarkan perkahwinan sahaja, semuanya dilakukan tahun lalu,” katanya kepada majalah berkenaan.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan jawapan yang keluar daripada mulut empunya badan masih lagi tidak berjawab.

Sebelum ini, pelakon Ariana Rose ini sememangnya pernah mengumumkan ingin berkahwin pada tahun lalu tapi tidak didedahkan secara umum apabila ia telah menjadi kenyataan.

Mungkin Keith ada alasan tersendiri mengapa dia memilih untuk merahsiakan hal itu.

Mengapa pelakon itu tidak mahu mendedahkan serta berkongsi perkara yang baik itu masih lagi menjadi tanda tanya. Apapun, pastinya Keith Foo mempunyai jawapan dan alasan tersendiri di atas tindakannya itu.

Semoga berbahagia diucapkan!

Kenyataan Keith Foo Mengenai Statusnya Yang Mengejutkan Ramai!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.