Wednesday, September 2, 2015

Kamal Adli Sedia Bergelar Suami, Emma Punyai Ciri-Ciri Wanita Pilihan?

Kamal Adli Sedia Bergelar Suami, Emma Punyai Ciri-Ciri Wanita Pilihan?

Tidak dinafikan percintaan antara dua selebriti sering menjadi tajuk utama di dada akhbar dan majalah hiburan. Turut tidak terkecuali pasangan selebriti yang sedang hangat diperkatakan hari ini adalah Kamal Adli dan Emma Maembong.

Mengenai soal perkahwinan, Kamal Adli memaklumkan bahawa beliau sudah pun bersedia untuk bergelar suami memandangkan usia yang semakin meningkat.

"Ya, Kamal sudah bersedia untuk bergelar suami. Lagipun, Kamal bukan muda lagi. Umur pun sudah mencecah 29 tahun. Tapi Kamal perlu relax dan tidak memaksa sesiapa kerana perkahwinan itu melibatkan banyak pihak dan ada hati yang perlu dijaga," ujar Kamal Adli.

Disoal mengenai ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan kekasih atau isteri, Kamal tidak menafikan bahawa Emma mempunyai ciri-ciri tersebut. 

"Antara kualiti wanita yang Kamal suka adalah dia mestilah percaya dengan kerja Kamal sebagai seorang anak seni. Selain itu, dia juga haruslah tidak cepat mendengar cakap orang dan terus mempercayai sesuatu perkara sebelum mendengar penjelasan," tegasnya. 
Kamal Adli Sedia Bergelar Suami, Emma Punyai Ciri-Ciri Wanita Pilihan?
Kamal Adli dan Emma Maembong...

Adakah Kamal dan Emma benar-benar menyimpan rasa sebagai pasangan kekasih? Atau adakah mereka hanya sekadar berteman dan selesa bersahabat? Sama-sama kita tunggu berita mengenai perkembangan terbaru mereka.

Kamal Adli Sedia Bergelar Suami, Emma Punyai Ciri-Ciri Wanita Pilihan? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.