Sunday, September 6, 2015

Info Menarik Mengenai NurulHidayah Ahmad Zahid Yang Perlu Anda Tahu!!


Info Menarik Mengenai NurulHidayah Ahmad Zahid Yang Perlu Anda Tahu!!

Sejak kebelakangan ini nama NurulHidayah Ahmad Zahid menjadi perhatian ramai gara-gara tindakan beliau menyelar perhimpunan Bersih 4.0 yang berlangsung hujung minggu lalu dan menganggap sebagai satu 'kerja bodoh'.

Malah, selepas perhimpunan Bersih 4 yang dikategorikan haram oleh kerajaan itu, beliau menjadi perbualan orang ramai sehingga status dan gelaran Datuk yang dibawanya menjadi persoalan netizen di media sosial.

Tetapi, sejauh manakah anda mengenali Nurulhidayah?

Disini kami kongsikan beberapa perkara menarik yang anda perlu tahu mengenai Nurulhidayah:-

1. Nurulhidayah Ahmad Zahid merupakan anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

2. Beliau berusia 36 tahun dan dilahirkan pada tahun 1979.

3. Nurul memperolehi ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari UPM pada tahun 2012.

Info Menarik Mengenai NurulHidayah Ahmad Zahid Yang Perlu Anda Tahu!!


4. Anak TPM itu menyandang jawatan sebagai Ketua Komunikasi Bahagian Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

5. Beliau pernah mengacara rancangan Inspirasi Ramadan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

6. Gelaran Datuk diterima berasaskan kerjaya beliau sebagai Ketua Komunikasi Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad.

7. Nurul juga pernah menyertai Rejimen Askar Wataniah sebagai seorang sukarelawan ketika ayahnya, Ahmad Zahid berperanan sebagai Menteri Pertahanan.

Info Menarik Mengenai NurulHidayah Ahmad Zahid Yang Perlu Anda Tahu!!


8. Datuk Siti Nurhaliza, Shaheizy Sam, Intan Ladyana, David Teo, Ana Raffali dan Aizat Amdan merupakan antara selebriti tempatan yang turut menyertai Askar Wataniah bersama Nurul.

9. Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza merupakan antara rakan karib Nurul.


Info Menarik Mengenai NurulHidayah Ahmad Zahid Yang Perlu Anda Tahu!!


10. Selain penglibatan aktif dalam bidang sukarelawan, Nurul juga mempunyai bakat dalam bidang fesyen. Beliau merupakan seorang pereka fesyen hijab di Couverture KL.

11. Berusia 36 tahun, Nurul merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai tiga orang anak.

12. Nurul mempunyai seorang adik lelaki, Ahmad Khairul Hafiz.

13. Beliau juga pernah memiliki sebuah syarikat pengurusan acara, Karya Bonda Sdn Bhd dari tahun 2007 hingga 2012.

Info Menarik Mengenai NurulHidayah Ahmad Zahid Yang Perlu Anda Tahu!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.