Sunday, September 6, 2015

TATU ALLAH, Alvin Tan Bakal Terima Padah!!

TATU ALLAH, Alvin Tan Bakal Terima Padah!!

KUANTAN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memohon kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Luar untuk segera mengekstradisi blogger kontroversi Alvin Tan ke Malaysia.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Jailani Johari berkata Alvin Tan yang kini dipercayai berada di Amerika Syarikat, perlu diesktradisi segera agar tindakan undang-undang boleh diambil ke atas blogger berkenaan, yang baru-baru ini dikatakan menghina agama Islam dengan memuat naik gambarnya dengan tatu bertulis kalimah Allah di paha kirinya.

"Kementerian sebelum ini, melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menulis surat kepada pihak pengurusan Facebook (FB) agar memadamkan imej berkenaan yang dimuat turun oleh Alvin di FB miliknya.
"Kini kita mohon kerjasama PDRM dan Kementerian Luar, kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk ekstradisi Alvin supaya blogger berkenaan dapat dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan yang dilakukannya.
"Alvin tahu, selagi dia berada di luar negara, dia akan terlepas dari tindakan undang-undang. Sebab itu kita mahu dia segera diekstradisi agar tindakan sewajarnya dapat dikenakan ke atasnya," kata Jailani.

Jailani berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berakhir  Pertandingan Peringkat Akhir Juara Bertemu Juara Bintang Klasik yang diadakan di Auditorium Darul Makmur, Sultan Ahmad Shah, RTM Pahang, di sini malam tadi.

Sumber Astro Awani 

TATU ALLAH, Alvin Tan Bakal Terima Padah!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.