Monday, September 7, 2015

HINA AGAMA: Alvi Tan Masih Bebas, Dipersoalkan!

HINA AGAMA: Alvi Tan Masih Bebas, Dipersoalkan!

SHAH ALAM - ‎ Veteran Umno menzahirkan rasa hairan dengan pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang masih membiarkan  blogger kontroversi, Alvin Tan terus-terusan menghina agama Islam,  masyarakat Melayu, raja-raja dan kerajaan melalui laman sosial Facebook miliknya.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, kebiadaban Alvin  semakin menjadi-jadi kerana tidak ada sebarang tindakan daripada pihak berwajib di negara ini.

"Adalah amat malang sekiranya Alvin dibiarkan bebas memaki hamun dan menimbulkan provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti orang Melayu dan Islam dinegara ini.
"Kalau kerajaan kita amat peka kepada isu-isu yang menyentuh penghinaan kepada agama Islam di luar Malaysia, maka kenapa tidak bertindak kepada rakyat Malaysia yang berniat untuk menimbulkan rasa benci dan permusuhan di antara kaum dan agama di negara ini?," katany.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, walaupun Alvin Tan berada di Amerika Syarikat, itu bukan bermakna pihak polis tidak boleh mengambil tindakan terhadapnya.

"Hubungan baik Interpol Malaysia dengan Interpol AS atau FBI boleh digunakan untuk mengesan Alvin dan menangkapnya untuk dibawa pulang keMalaysia untuk didakwa," ujarnya.
"Alvin mestilah dibawa pulang kenegara ini untuk didakwa mengikut undang-undang  Malaysia.‎ Selain menggesa  Kementerian Penerangan dan Komunikasi melalui SKMM supaya menyekat akses Facebook Alvin," tambahnya lagi.

Mustapha turut mengingatkan sebarang tindakan yang diambat-lambatkan ke atas Alvin dan sesiapa saja yang berniat jahat untuk menimbulkan rasa kebencian dan perkauman di negara ini akan mengakibatkan bencana yang buruk kepada keamanan Malaysia.

"Ianya seperti api yang membakar sekam. Bertindaklah sekarang sebelum terlambat. Cukuplah dengan amaran. Amaran yang tidak disertakan dengan tindakan akan dipersendakan orang," katanya.

HINA AGAMA: Alvi Tan Masih Bebas, Dipersoalkan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.