Wednesday, September 16, 2015

GEMPAR! Suspek Pembunuhan Morais Kini Dikenalpasti

GEMPAR! Suspek Pembunuhan Morais Kini Dikenalpasti

KUALA LUMPUR: Suspek utama yang ditahan berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, dipercayai mempunyai kaitan dengan satu perbicaraan di Shah Alam, dua minggu lalu.

Ia berdasarkan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, ketika ditanya wartawan mengenai motif pembunuhan itu, hari ini.
"Motif kes ini, anda boleh rujuk perbicaraan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, dua minggu lalu mengenai pendakwaan seorang pegawai tentera berpangkat doktor yang terbabit dalam kes rasuah," katanya.
Semakan BH mendapati, ia berkemungkinan besar merujuk kepada perbicaraan seorang doktor berpangkat kolonel yang berkhidmat dengan angkatan tentera atas dua tuduhan rasuah.

Tertuduh yang berusia 50 tahun ketika itu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Shah Alam pada 9 September 2013 atas dua tuduhan rasuah membabitkan wang sogokan RM700,000.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah. Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.

Morais mengendalikan pendakwaan kes bagi pihak SPRM.

Sumber Berita Harian 

GEMPAR! Suspek Pembunuhan Morais Kini Dikenalpasti Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.