Friday, September 18, 2015

EKSKLUSIF... Gambar Pertama Anak Lisa Surihani Dan Yusri Didedahkan!

EKSKLUSIF... Gambar Pertama Anak Lisa Surihani Dan Yusri Didedahkan!

Umum mengetahui akan kelahiran cahaya mata pertama pasangan selebriti Lisa Surihani dan Yusri yang sememangnya dinanti-nanti ramai.

Tanggal 15 September 2015 yang lalu, seorang bayi perempuan seberat 3.4 kg selamat dilahirkan di Pantai Medical Centre, Bangsar pada 11.44 malam.

Bagaimanapun, pasangan Lisa dan juga Yusri ini masih lagi enggan mendedahkan secara terbuka gambar anak mereka di laman sosial masing-masing malah nama bayi yang comel ini juga akan diumumkan selepas 7 hari.

Menerusi Instagram @officialhlive, gambar keluarga kecil ini disebarkan bagi tatapan umum yang tidak sabar-sabar untuk melihat anak Lisa dan Yusri.

EKSKLUSIF... Gambar Pertama Anak Lisa Surihani Dan Yusri Didedahkan!
Gambar pertama anak Lisa Surihani dan Yusri KRU.

Alhamdulillah, jelas terpancar wajah kegembiraan mereka dengan kehadiran insan baharu. Semoga keluarga ini dilimpahkan rezeki dan dikurniakan kebahagiaan sehingga akhir hayat. Tahniah diucapkan kepada Lisa Surhani dan Yusri KRU.

EKSKLUSIF... Gambar Pertama Anak Lisa Surihani Dan Yusri Didedahkan!
Kegembiraan jelas terpancar di raut wajah pasangan ini.

EKSKLUSIF... Gambar Pertama Anak Lisa Surihani Dan Yusri Didedahkan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.