
Kecoh seketika apabila gambar seekor beruk menjadi viral di lama sosial. Aksi beruk tersebut nyata menarik perhatian ramai.
Berdasarkan gambar yang dikongsikan, beruk tersebut dilihat dibiarkan sahaja masuk ke dalam masjid dan aksinya memanjat seorang lelaki yang sedang membaca Al-Quran membuatkan netizen terpalit lucu.


Difahamkan, beruk tersebut tidak pula bertindak agresif atau mencederakan sesiapa.

Rata-rata pengguna Facebook memberikan komen lucu dan tidak ketinggalan juga unsur sarkastik mengenai tingkah laku beruk terbabit yang seakan ingin ‘kembali ke pangkal jalan’.
“Beruk dah, anda bila lagi,” kata Sincerly Serra.
“Beruk pown dah kembali ke pangkal jalan.. pengajaran yang berguna untuk manusia..”ujar Radzi Musaddiq.

Haiwan terbabit dikatakan telah ditangkap oleh Jabatan Pertahanan Awam kerana bimbang berlakunya kejadian yang tidak diingini.
Beruk jantan yang ditempatkan di JPAM Kota Setar buat sementara waktu itu telah diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut.
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.