Tuesday, September 8, 2015

BIJAK!!! Tesco Tangani Isu Bawa Anjing Masuk Premis

BIJAK!!! Tesco Tangani Isu Bawa Anjing Masuk Premis

KUALA LUMPUR: Sususlan daripada isu yang menjadi viral pengunjung wanita yang membawa masuk seekor anjing ke dalam pasaraya Tesco Extra Plentong, Johor Bahru pihak Tesco Malaysia mengambil langkah inisiatif meletakkan papan tanda larangan membawa haiwan bersaiz lebih besar.

Hampir semua 53 pasaraya Tesco di seluruh negara diletakkan akibat daripada kontroversi yang hangat menjadi bahan bualan sejak Jumaat lepas.

BIJAK!!! Tesco Tangani Isu Bawa Anjing Masuk Premis
Isu pengunjung bawa anjing jadi viral cetus kontoversi hebat.

Menurut Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Kerajaan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Halal Tesco, Datuk Azlam Shah Alias memberitahu cadangan untuk membesarkan saiz papan tanda itu dan meletakkannya di setiap penjuru pintu masuk pasar raya adalah untuk memastikan setiap pengunjung peka dan lebih waspada dengan larangan yang ditetapkan.

"Kami sedang mengkaji untuk membuat papan tanda larangan membawa masuk haiwan ke dalam premis dengan saiz yang lebih besar, jelas dan banyak di pasar raya. 
"Papan tanda sedia ada mungkin kurang mendapat perhatian orang ramai kerana saiznya tidak berapa besar dan dibuat di atas pelekat lutsinar," katanya.

BIJAK!!! Tesco Tangani Isu Bawa Anjing Masuk Premis
Papan tanda larangan haiwan dibesarkan agar pengunjung lebih berwaspada.

Sumber: KOSMO!

BIJAK!!! Tesco Tangani Isu Bawa Anjing Masuk Premis Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.