Monday, September 28, 2015

AWAS! Inilah 15 Maksiat Yang Menurunkan Bala

AWAS! Inilah 15 Maksiat Yang Menurunkan Bala

Hadith ke-35 dari 40 hadith tentang peristiwa hari kiamat yang dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) ini menerangkan tentang 15 maksiat yang bakal mengundang bala dan membawa kita dengan lebih dekat dengan kedatangan hari kiamat. Bala ini adalah suatu musibah yang amat ditakuti manusia.

Semoga jadi renungan kita bersama.

Daripada Ali bin Abi Talib r.a Rasulullah s.a.w bersabda:

Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka:-

1) Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2) Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3) Zakat dijadikan hutang.
4) Suami memperturutkan kehendak isteri.
5) Anak derhaka terhadap ibunya.
6) Sedangkan ia anak berbaik dengan kawannya.
7) Suka menjauhkan diri dari ayahnya.
8) Suara sudah ditinggikan dalam masjid.
9) Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka.
10) Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11) Arak sudah diminum di merata tempat.
12) Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
13) Para artis-artis disanjung-sanjung.
14) Muzik banyak di mainkan.
15) Generasi akhir umat ini melaknat (atau menyalahkan) generasi pertama (sahabat) atau orang yang sezaman dengan mereka itu.

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi, atau diubah menjadi makhluk lain.

Sumber dari Hadith Riwayat Tarmizi.

Keterangan Hadis

Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Untuk lebih faham dan mendalami hadith ini, sila tonton ini...

AWAS! Inilah 15 Maksiat Yang Menurunkan Bala Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.