Thursday, September 17, 2015

Alasan Sebenar Jue Aziz Tukar Imej Bertudung!

Alasan Sebenar Jue Aziz Tukar Imej Bertudung!

Biasalah dugaan orang berhijrah ke arah kebaikan ini banyak, terkini penghijrahan Jue Aziz untuk berubah imej kepada bertudung menjadi bualan.

Malah ada yang mempertikaikan penghijrahannya itu disebabkan kerana mahu menjalankan perniagaan menjual tudung atau pakaian muslimah.

Jue Aziz yang membaca komen dan kritikan peminat kini tampil menyangkal dakwaan itu.
"Saya ada baca komen dan kritikan pihak-pihak yang menganggap saya bertudung kerana sebab tertentu dan mereka kata saya mahu jual tudung.
"Saya tidak fikir pun untuk bisnes tudung, walau pun selepas bertudung sejak sebulan lalu banyak tawaran untuk saya menjadi duta produk tertentu," ujarnya
Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abd Aziz, 32, berkata, dia tidak pernah memikirkan hal tersebut biarpun mengakui sejak berhijab, banyak tawaran diterimanya supaya dia menjadi duta produk.

Alasan Sebenar Jue Aziz Tukar Imej Bertudung!

Tambah Jue, dia mahu perubahan kepada imej baharu dilakukan secara perlahan-lahan agar ia dapat diterima secara positif oleh peminat-peminatnya tanpa sebarang prasangka buruk.

Dalam pada itu, Jue berkata, dia juga mengingatkan peminat-peminatnya agar tidak mudah melenting apabila melihat lakonan-lakonannya yang tidak bertudung.

Katanya, terdapat beberapa filem dan drama lakonanya sebelum berhijrah belum lagi disiarkan.
"Saya tahu akan ada yang mempertikaikan saya kejap pakai tudung kejap tidak pakai, mereka mungkin akan keliru sebab ada filem dan drama saya ketika belum bertudung belum lagi ditayangkan.
"Jika ada yang hentam beri komen negatif ia adalah perkara biasa yang sudah dijangka," ujarnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Jue bakal keluar dengan filem baharu berjudul Kapsul yang akan ditayangkan pada Khamis ini.

Alasan Sebenar Jue Aziz Tukar Imej Bertudung! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.