Sunday, September 6, 2015

Akhirnya... Identiti Suspek Pijak Gambar Pemimpin Dikenal Pasti!


Akhirnya... Identiti Suspek Pijak Gambar Pemimpin Dikenal Pasti! 

ALOR GAJAH: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenal pasti empat individu yang terlibat dalam insiden memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika perhimpunan Bersih 4 hujung bulan lalu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, KDN akan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati terlibat dalam insiden itu dalam masa terdekat.
“Tolonglah hormat, kalau pun pemimpin itu kita tidak bersetuju dengan pendapatnya, janganlah dihina dengan memijak gambarnya.
“Mereka salah perhitungan, yang dipijak itu gambar Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” kata Ahmad Zahid sambil menegaskan tiada amaran akan dikeluarkan dan tindakan tetap akan diambil.


Menurutnya, setakat ini, sebanyak 297 laporan polis telah dibuat berhubung insiden itu dan penganjur serta pemimpin yang menunjukkan persepsi negatif tidak akan terkecuali berdepan dengan tindakan undang-undang.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Alor Gajah.

Akhirnya... Identiti Suspek Pijak Gambar Pemimpin Dikenal Pasti! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.