Thursday, September 17, 2015

Ajal Tak Kenal Usia, Adik Maut Dalam Keadaan Ngeri!

Ajal Tak Kenal Usia, Adik Maut Dalam Keadaan Ngeri!

GEMAS - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas tertusuk besi pemijak motosikal di bahagian kepalanya di halaman rumah di Felda Pasir Besar, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, mangsa dan abangnya yang berusia empat tahun, dikatakan bermain berhampiran motosikal berkenaan yang diletakkan bersebelahan tebing setinggi kira-kira semeter di rumah mereka.

Susulan insiden berkenaan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 11.21 pagi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Penolong Penguasa Bomba, Syed Ammar Syed Abbas, sebaik tiba di lokasi kejadian, kanak-kanak berkenaan telah disahkan meninggal dunia oleh kakitangan klinik kesihatan.
"Motosikal itu tiba-tiba terbalik dan jatuh bersama kanak-kanak terbabit dari tebing berkenaan. Abang mangsa didapati patah tangan, manakala mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia.
"Kita terpaksa memotong besi pemijak motosikal yang tertusuk di bahagian kepala kanak-kanak berkenaan selama tiga minit menggunakan alat pemotong hidraulik cutter.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan mayat kanak-kanak berkenaan di hantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat.
"Kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber Sinar Harian 

Ajal Tak Kenal Usia, Adik Maut Dalam Keadaan Ngeri! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.