Wednesday, September 9, 2015

Abam Bocey Kemalangan... YAALAH TERUKNYA!!

Abam Bocey Kemalangan... YAALAH TERUKNYA!!

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan pelawak Abam Bocey. Beliau dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan semalam.

Walaubagaimanapun Abam Bocey hanya mengalami cedera ringan cuma kereta yang dipandu milik Abam Bocey remuk teruk. Syukurlah! 
"Alhamdulillah saya okay. Saya sudah buat pemeriksaan doktor dan tidak ada apa yang serius. Saya cuma terkejut sekejap saja, kata pelawak Abam Bocey, 27, yang terbabit dalam kemalangan di Batu 10, Gombak, dekat sini, semalam.
Menceritakan kejadian itu, difahamkan pemandu kereta Saga BML hilang kawalan menyebabkan pemandu tersebut memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta milik Abam.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, kereta Perodua Myvi milik Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan remuk teruk di bahagian depan sebelah kanan selepas bertembung dengan kereta Proton Saga BLM dari arah bertentangan.

Abam Bocey Kemalangan... YAALAH TERUKNYA!!
Kereta milik Abam Bocey...

Difahamkan, pemandu kereta Proton Saga BLM terbabit hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta milik Abam.

Abam ketika dihubungi berkata, ketika kejadian dia bersama pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Firdaus dalam perjalanan ke lokasi penggambaran telefilem berjudul Abang Aji di ibu negara.
"Kejadian berlaku sekelip mata. Kami baru saja meninggalkan rumah saya beberapa minit sebelum itu dan kereta terbabit tiba-tiba merempuh kereta saya.
"Saya bersyukur kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan kecuali benjol sedikit di kepala akibat terhantuk di cermin depan, katanya.

Macam nilah manusia, bila kita beringat, orang lain pula sebaliknya. Apapun syukurlah Abam Bocey selamat. 

Abam Bocey Kemalangan... YAALAH TERUKNYA!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.