SEREMBAN: Kejadian kemalangan yang berlaku di plaza tol Mambau Lebuhraya Seremban-Port Dickson awal pagi tadi telah meragut nyawa seorang warga emas apabila kereta yang dipandunya melanggar belakang sebuah lori tangki.
Menurut laporan, mangsa Sa Song Loi, 60, dari Taman Seri Pagi, Senawang merempuh lori tangki yang pada ketika itu sedang membayar tol pada 2.58 pagi.
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan para di kepala manakala pihak bomba terpaksa mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
Sumber BERNAMA
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.