Wednesday, August 26, 2015

Wanita Berdepan Hukuman Polis, Curi Sepaket Milo!

Wanita Berdepan Hukuman Polis, Curi Sepaket Milo!

KUALA LUMPUR: Gara-gara tindakan seorang ibu tunggal yang mencuri sepaket Milo yang berharga RM35.50 beberapa hari lalu, Mahkamah Majistret telah menjatuhkan hukuman penjara selama tiga hari dan denda RM200 kepada ibu tunggal berkenaan.

Majistret Mohd Rehan Mohd Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu terhadap Sri Mahera Aliyes, 31, selepas tertuduh mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan kepadanya.

Jika gagal membayar wang denda sebanyak RM200 wanita berkenaan akan berdepan hukuman penjara selama sebulan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa telah mencuri sepaket Milo seberat dua kilogram di sebuah pasaraya di Jalan Thambipillay, Brickfields jam 8 malam, 17 Ogos lalu.

Beliau telah didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Wanita Berdepan Hukuman Polis, Curi Sepaket Milo! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.