Wednesday, August 19, 2015

Wan Raja Dan Yaya Maembong Dedah Nyaris Diculik Lanun Ketika Honeymoon

Wan Raja Dan Yaya Maembong Dedah Nyaris Diculik Lanun Ketika Honeymoon

Setiap pasangan yang ingin atau pergi berbulan madu pasti inginkan suasana romantik dan kenangan manis untuk diingat selamanya bersama selepas sah bergelar suami dan isteri.

Tetapi tidak semua keadaan berbulan madu itu indah apabila ia diceritakan sendiri oleh pasangan Wan Raja dan Yaya Maembong yang melalui pengalaman cemas dan ngeri di mana ia menjadi satu kenangan pahit untuk mereka selepas berbulan madu di Pulau Mabul, Sabah, Februari lalu.

Menurut Wan Raja, perkara tersebut terjadi selepas ramai penduduk di daerah itu mengambil gambar mereka yang dikenali sebagai pelakon sehingga perkara itu sampai ke pengetahuan lanun.

“Pada hari terakhir kami di sana ramai polis meronda mengawasi kawasan pulau itu, saya ada bertanya dengan beberapa kawan di kalangan pegawai polis dan mereka beritahu bahawa mendapat maklumat tentang serangan lanun. Mereka juga mengesyaki lanun-lanun tersebut sedang mencari saya dan isteri kerana mendapat tahu kami artis”.

“Walaupun kami tidak popular tapi kami difahamkan lanun tersebut ingin cuba mengambil peluang untuk mendapat perhatian besar apabila menculik kami,” jelasnya lagi.

Wan pada yang merupakan pelakon drama bersiri 'Teman Lelaki Upahan' melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak berkuasa yang berusaha keras membanteras jenayah lanun di pulau pelancongan tersebut.

Wan Raja Dan Yaya Maembong Dedah Nyaris Diculik Lanun Ketika Honeymoon Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.