Monday, August 17, 2015

Wales Cadang Haram Penggunaan Rokok Elektronik Di Tempat Awam, Kita Bila Lagi?

Wales Cadang Haram Penggunaan Rokok Elektronik Di Tempat Awam, Kita Bila Lagi?

Pujian harus diberikan kepada kerajaan London yang bakal mengharamkan penggunaan elektronik di tempat-tempat awam seperti restoran, pub dan pejabat atau di tempat kerja di Wales, United Kingdom. 

Memandangkan gejala merokok itu sendiri sememangnya tidak sihat di kalangan belia dan juga kanak-kanak, rokok elektronik ini dilihat akan merangsang lagi keinginan golongan mereka untuk mencubanya.


Rancangan awal ini dibuat di bawah undang-undang kesihatan yang baharu dan akan dikuatkuasakan pada tahun 2017. Bagaimanapun, ia nyata sekali ditentang segelintir kumpulan bukan kerajaan demi kepentingan mereka malah menyatakan menolak rancangan ini sampai bila-bila. Alasannya pihak penentang ia merupakan salah satu cara untuk berhenti menghisap rokok tembakau yang jelas memudaratkan kesihatan.

Berikut merupakan garis panduan baharu mengenai penggunaan rokok elektronik:

  • Kedai perlu mendaftar dengan pembekal tembakau atau rokok elektronik. Hal ini bertujuan untuk mengekang penjualan secara haram kepada golongan umur bawah 18 tahun.
  • Ia adalah satu kesalahan jika memberi atau menyerahkan tembakau atau rokok elektronik kepada kanak-kanak kecil dan ini termasuk penjualan secara online.
  • Penggunaan rokok elektronik diterhadkan. Pengguna dilarang menggunakan rokok elektronik di tempat awam dan di tempat kerja termasuk di dalam lori dan teksi.

Wales Cadang Haram Penggunaan Rokok Elektronik Di Tempat Awam, Kita Bila Lagi

Garis panduan yang bakal dilaksanakan pada tahun 2017 ini dilihat akan menjadi satu kontroversi hebat lebih-lebih lagi pengurus polisi tembakau, George Butterworth, di Cancer Research United Kingdom sendiri mengatakan penggunaan rokok elektronik adalah antara cara dan peluang untuk masyarakat meninggalkan tabiat menggunakan rokok tembakau.

Perundingan awal cadangan ini pada tahun lepas jelas menunjukkan 79 peratus respon tidak bersetuju dengan undang-undang baharu tersebut antaranya ialah ASH Wales, Cancer Research UK dan Tenovus.

Wales Cadang Haram Penggunaan Rokok Elektronik Di Tempat Awam, Kita Bila Lagi? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.