Tuesday, August 11, 2015

Viral PM Najib Tidak Dibenarkan Mendarat Di Lapangan Terbang Johor Tidak Masuk Akal!

Viral PM Najib Tidak Dibenarkan Mendarat Di Lapangan Terbang Johor Tidak Masuk Akal!

Kecoh tersebar di media sosial dan Internet beberapa keping gambar yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor Bahru.Dakwaan tersebut kononnya atas titah Sultan Johor.

Hakikat sebenar itu hanyalah tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang ingin melaga-lagakan Sultan Johor dan juga PM Najib. 

Viral PM Najib Tidak Dibenarkan Mendarat Di Lapangan Terbang Johor Tidak Masuk Akal!
Tindakan tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar mendakwa PM Najib tidak dibenarkan mendarat di lapangan terbang.

Memang benar wujud ketidak serasian pendapat antara mereka namun isu ini sedikit sebanyak akan mengeruhkan lagi keadaan sedangkan mereka tidaklah sepertimana yang digambarkan oleh sesetengah pihak.

Kisah sebenar disebalik gambar yang tersebar ialah, PM Najib menaiki kereta bernombor pendaftaran Singapura memandangkan beliau datang dari arah sana menghadiri jemputan negara republik tersebut ke majlis Sambutan Hari Kebangsaan Singapura. Majlis tersebut turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Asean yang lain.

Viral PM Najib Tidak Dibenarkan Mendarat Di Lapangan Terbang Johor Tidak Masuk Akal!
Gambar tersebar di media sosial.

Mohon pihak yang ingin melaga-lagakan pemimpin dan cuba untuk menghuru-harakan negara untuk tidak meneruskan agenda anda kerana ia bukan sahaja merugikan negara malah membahayakan lagi keadaan.

Viral PM Najib Tidak Dibenarkan Mendarat Di Lapangan Terbang Johor Tidak Masuk Akal! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.