Monday, August 10, 2015

Video Semangat Nyanyian Lagu 'Tak Seindah Wajah' Oleh Mukhriz Jadi Perhatian!

Video Semangat Nyanyian Lagu 'Tak Seindah Wajah' Oleh Mukhriz Jadi Perhatian!

Sangat mendalam dan penuh mesej bermakna yang tersirat walau hanya sekadar di dalam lirik lagu yang dinyanyikan.

Itulah yang cuba dilakukan oleh Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Subang.

Caranya dilihat sangat kreatif dan mempunyai kelainan dalam menyampaikan mesej serta amanat.

Ikuti setiap baris lirik lagu 'Tak Seindah Wajah' yang dinyanyikan oleh Tan Sri SM Salim dibawah:

LIRIK LAGU TAK SEINDAH WAJAH

Kusangka aur di pinggir tebing
kiranya tebu di pinggir bibir
kusangka jujur pancaran batin
rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
suci seindah wajah terbayang
kukira puji seikhlas budi
kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
kail berduri bersalut umpan
di manis kata insan terlena
kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakunan hidup
di pentas dunia insan berpura
tipu dan daya pencapai maksud
budi dan harta merangkum noda

Tindakannya itu sekaligus menarik perhatian ramai dan menerima tepukan gemuruh oleh semua yang hadir.

Posted by Media PenMerah on Monday, August 10, 2015

Menteri Besar Kedah ini dilihat sebagai bakal pengganti tampuk pimpinan bapanya Tun Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan seorang pengkritik kuat kepimpinan DS Najib yang kini dilanda pelbagai kontroversi.

Video Semangat Nyanyian Lagu 'Tak Seindah Wajah' Oleh Mukhriz Jadi Perhatian! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.