Wednesday, August 19, 2015

Video: Akibat Curang, Wanita Ini Nekad Bakar Alat Sulit Teman Lelaki

Video: Akibat Curang, Wanita Ini Nekad Bakar Alat Sulit Teman Lelaki

Seringkali kes kecurangan dikaitkan dengan lelaki. Lelaki curang dengan wanita, suami curang dengan isteri. Begitulah yang sering berlaku. Dan wanita yang menjadi mangsa.

Jangan terkejut bila sampai satu tahap, wanita akan bertindak di luar kewarasan akal dek kerana menjadi mangsa curang terhadap mereka yang bergelar lelaki! 

Kerana curang, lelaki ini menerima padah! Tak pasal-pasal dapat sakit! Mungkin ini salah satu cara yang terbaik bagi wanita ini untuk mengajar lelaki ini. Wanita ini nekad membakar seluar dalam yang dipakai oleh teman lelakinya.

Dalam rakaman video selama 30 minit yang dirakamkan oleh seorang wanita, dia telah membakar seluar dalam yang dipakai teman lelakinya, tepat di bahagian alat sulit lelaki itu.

Wanita itu yang tidak kelihatan wajahnya, secara senyap mengalihkan selimut menutupi teman lelakinya dan kemudian menuangkan cecair pencuci pengilat kuku ke atas seluar dalam dekat kawasan kemaluan lelaki itu.

Dia kemudiannya menyalakan api dan membakar seluar dalam berkenaan. Hanya dalam beberapa saat, lelaki itu terbangun dari tidur sambil menjerit kesakitan.

“Kau menipu aku, kau tidur dengan pekerja aku, kau ingat aku tak tahu?,’’ jerit wanita itu.

“Ambil barang kau dan nyah dari sini,’’ katanya dalam nada marah.

Lelaki itu kemudiannya terjatuh dari katil. Rakaman aksi itu kemudiannya terhenti.

Tidak diketahui apa yang berlaku selepas itu namun kejadian dipercayai mungkin berlaku di luar negara. 

Apa yang pasti tindakan nekad yang dilakukan oleh wanita ini merupakan pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh lelaki ini.


Video: Akibat Curang, Wanita Ini Nekad Bakar Alat Sulit Teman Lelaki Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.