Thursday, August 13, 2015

Video Ahmad Maslan Mengaku Hanya 3 Orang Tangan Lelaki Dicium!

Video Ahmad Maslan Mengaku Hanya 3 Orang Tangan Lelaki Dicium!

Tidak dinafikan, setiap tindkaan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan pasti akan menjadi perhatian umum.

Malah dijadikan viral dan jenaka oleh sesetengah pihak. Namun, ia tidak menjadi penghalang kepada menteri ini untuk terus menyuarakan kelantangannya.

Kali ini, Ahmad Maslan merayu agar bekas PM negara, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berhenti daripada terus menyerang kerajaan dan menentang pentadbiran DS Najib serta menteri-menteri dibawahnya.

Bukan itu sahaja, Ahmad Maslan turut menyatakan tindakan Tun M tidak membawa apa-apa kebaikan kepada negara sebaliknya melemahkan parti dan juga kerajaan.
"Saya harap beliau (Tun Mahathir) berubah kerana apa yang beliau lakukan itu tidak memberikan sebarang kebaikan kepada agama, bangsa dan tanahair. 
"Saya amat menghormati beliau (kerana) dalam dunia ini ada tiga orang sahaja yang saya cium tangannya (ketika bersalam) yang pertama tangan arwah ayah saya, yang kedua tangan Tun Abdullah Ahmad Badawi (dan) yang ketika tangan Tun Dr Mahathir Mohamad" katanya.


Terdahulu, mantan PM negara memberitahu perhimpunan jalanan boleh dijalankan sebagai langkah terakhir untuk menyingkirkan DS Najib Tun Abdul Razak dari jawatannya.
"Itu hanyalah sebagai langkah terakhir. Kita bukan orang ganas. Kita tidak sepatutnya memilih jalan demostrasi kerana ia akan menyusahkan orang lain. 
"Tetapi jika tiada jalan lain, ia boleh dilakukan," kata bekas perdana menteri itu dalam satu sidang media di Universiti Tunku Abdul Rahman.
Video Ahmad Maslan Mengaku Hanya 3 Orang Tangan Lelaki Dicium!
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan

Tidak ada apa yang diharapkan oleh rakyat Malaysia selain keamanan dan nasib mereka terbela daripada penindasan pihak pentadbir sendiri.

Sumber SuaraTV 

Video Ahmad Maslan Mengaku Hanya 3 Orang Tangan Lelaki Dicium! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.