Monday, August 24, 2015

Tindakan Bodoh Doktor Selfie Bersama Ibu Bersalin Dikenal Pasti!

Tindakan Bodoh Doktor Selfie Bersama Ibu Bersalin Dikenal Pasti!

Beberapa hari lepas kecoh dilaman sosial dengan isu Tindakan Bodoh Doktor Ini Bergambar Dengan Pesakit Terkangkang Dikecam Netizen!

Susulan kes tersebut, Jabatan Kesihatan negeri sedang menyiasat aduan mengenai seorang doktor yang didakwa berselfie bersama seorang pesakit dalam posisi bersalin sehingga menampakkan alat kemaluan wanita tersebut dan menjadi viral di laman media sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Ayub Rahmat berkata jabatan itu sudah memulakan siasatan berhubung perkara tersebut.
"Kami sudah mengenal pasti doktor dan hospital terbabit. Siasatan sedang dijalankan dan kami akan memutuskan tindakan yang akan diambil selepas ini.
Beliau mengingatkan pengamal perubatan supaya tidak menyalahgunakan teknologi semasa menjalankan profesionalisme mereka.

Doktor tersebut dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an dikritik di atas tindakannya yang tidak menghormati privasi pesakit.

Difahamkan doktor tersebut berkhidmat sebagai pegawai perubatan di hospital berdekatan Taman Mount Austin di sini sejak tiga tahun lalu. Dia terkenal dengan sikap suka berselfie ketika sedang bekerja di dewan bedah.

Tindakan Bodoh Doktor Selfie Bersama Ibu Bersalin Dikenal Pasti! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.