Sunday, August 23, 2015

Tindakan Bodoh Doktor Ini Bergambar Dengan Pesakit Terkangkang Dikecam Netizen!

Tindakan Bodoh! Doktor Dikecam Kerana Bergambar Dengan Kemaluan Pesakit Terdedah

Trend bergambar kini menjadi semakin popular tak kira situasi. Terkini tindakan salah seorang doktor yang bergambar dengan seorang pesakit yang pada ketika itu terdedah kemaluan dikecam hebat!

Nak cakap tak cerdik pun pegang gelaran doktor! Patut hal sebegini seharusnya tidak berlaku.

Gambar yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Kak Long, menunjukkan doktor berkenaan menunjukkan isyarat 'peace' ketika sedang bertugas di Dewan Bersalin sehingga aurat pesakit wanita itu juga terdedah kepada umum.

Tindakan Bodoh! Doktor Dikecam Kerana Bergambar Dengan Kemaluan Pesakit Terdedah
Foto Doktor junior yang diambil...

Menurut penyebar gambar itu, Kak Long, memperolehi gambar tersebut dari rakannya.

"Saya terkejut dengan kebodohan dan keangkuhan seorang doktor junior di sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru. Gambar ini telah ditunjukkan kepada saya oleh rakan. Si ibu sedang mengalami sakit nak beranak, mereka bukannya mengambil serius tentang si ibu, sebaliknya mereka memilih untuk bergambar pula. 

"Tingkah laku dan sikap yang tidak bertimbang rasa ini sangat menyakitkan hati saya dan rakan. Paling tidak masuk akal, bahagian aurat si ibu juga terdedah dalam gambar tersebut. Secara jujurnya saya tidak melihat sebarang tanda kejayaan seperti isyarat 'peace' yang ditunjukkan oleh doktor berkenaan.

"Mohon ambil perkara ini dengan serius dan kenakan tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat," katanya.

Susulan viralnya gambar tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, beliau telah mengambil maklum mengenai perkara itu dan kini siasatan sedang dijalankan serta tindakan tegas akan diambil segera.

Di zon-zon larangan seperti ini selalu melarang orang awam merakam sebarang gambar. Namun, apa yang peliknya, kakitangan mereka sendiri yang melanggar larangan tersebut.

Meskipun hanya untuk suka-suka di kalangan pegawai perubatan, apabila ada tangan yang gatal menyebarkan gambar itu ke tempat lain, si pelakunya mungkin perlu bersedia untuk menghadapi akibatnya akan datang. Berhati-hatilah semua.

Tindakan Bodoh Doktor Ini Bergambar Dengan Pesakit Terkangkang Dikecam Netizen! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.