Wednesday, August 5, 2015

The Edge Berjaya Peroleh Kebenaran Semakan Kehakiman!

The Edge Berjaya Peroleh Kebenaran Semakan Kehakiman!

KUALA LUMPUR: Akhirnya Syarikat penerbitan The Edge Communications Sdn Bhd hari ini berjaya memperoleh kebenaran bagi semakan kehakiman berhubung penggantungan dua penerbitannya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sebelum ini, 2 penerbitan syarikat berkenaan, The Edge Malaysia dan The Edge Financial Daily terpaksa digantung penerbitan selama 3 bulan bermula 27 Julai 2015 yang lalu selepas laporan yang dikeluarkan berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Keputusan tersebut dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad dengan dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke yang mewakili KDN dan peguam syarikat penerbitan itu, Daryl Goon.

Alice juga memberitahu pemberita bahawa mahkamah menolak permohonan syarikat itu untuk penangguhan sementara penggantungan kedua-dua penerbitan itu sehingga permohonan inter-parte yang akan didengar pada Rabu depan (12 Ogos).

Permohonan semakan kehakiman dengan menamakan Ketua Setiausaha KDN dan Menteri Dalam Negeri sebagai responden telah difailkan pada 27 Julai lepas.

Dalam pada itu, syarikat The Edge Communications Sdn Bhd turut memohon diberi kebenaran memulakan prosiding di bawah Aturan 53 Kaedah 3 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 bagi mendapatkan perintah certiorari supaya mahkamah menolak keputusan Menteri Dalam Negeri selain memohon suatu perintah interim untuk penggantungan pelaksanaan keputusan sehingga penyelesaian pendengaran permohonan dan kos.

Berdasarkan surat bertarikh 23 Julai lepas yang ditandantangani oleh Hashimah Nik Jaafar bagi pihak Menteri Dalam Negeri kepada ketua pengarang syarikat itu, Ahmad Azam Mohd Aris yang mendakwa laporan mengenai 1MDB oleh The Edge adalah memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan dan kepentingan negara.


Jika didapati gagal mematuhi arahan penggantungan, tindakan pembatalan permit permit terhadap kedua-dua penerbitan itu akan dibuat.

Sumber BERNAMA

The Edge Berjaya Peroleh Kebenaran Semakan Kehakiman! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.