Monday, August 24, 2015

Tahukah Anda? Inilah Hukum Solat Ketika Diri Dalam Keadaan Mengantuk!

Tahukah Anda? Inilah Hukum Solat Ketika Diri Dalam Keadaan Mengantuk!

Memang tidak dapat dinafikan ada diantara kita yang bila mana menunaikan solat, pasti ada yang menguap, mengantuk. tambah lagi apabila bangun pagi untuk menunaikan solat Subuh.

Diriwayatkan dari Anas r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Apabila seseorang mengantuk ketika sedang mengerjakan solat hendaklah ia tidur terlebih dahulu hingga ia mengerti apa yang ia katakan (atau ia bacakan).”

(al-Bukhari)

Huraian:

Jika kita merasa sangat mengantuk dan letih eloklah sekiranya kita baring seketika. Selepas itu bangun dan ambillah wudhu’ dan tunaikan solat. Ingat! Jangan terus tertidur.

Sebenarnya seseorang itu hendaklah bersembahyang dengan kekuatan yang ada pada dirinya. Tidak secara terpaksa hingga tidak sedar tentang bacaan dalam solat mahupun bilangan rakaat yang telah dikerjakan. Solat seperti ini boleh membawa kepada batal.

Malah adalah lebih baik sekiranya setiap kali merasa mengantuk kita memperbaharui wudhu’ semula kerana dengan cara membasuh muka dan mengenakan air kepada anggota tubuh itu akan dapat menyegarkan semula badan kita dan kita menjadi bersemangat untuk mengerjakan solat.

Diharapkan semoga perkongsian yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada kita semua. 

Tahukah Anda? Inilah Hukum Solat Ketika Diri Dalam Keadaan Mengantuk! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.