Tuesday, August 25, 2015

SAH PELUK ISLAM!!! Stacy Kini Pilih Islam Sebagai Agama Rasmi

SAH PELUK ISLAM!!! Stacy Kini Pilih Islam Sebagai Agama Rasmi

Siapa sangat yang tak kenal dengan penyanyi hyper-active dan lincah si Stacy ini, betul tak? Pelantun 'I'm Not For Sale' ini sememangnya hangat dengan hubungan cintanya bersama Akim. Namun, apa yang makin menjadi hangat apabila dirinya dilaporkan telah pun memeluk Islam.

Sekeping gambar menunjukkan saat dirinya seperti mengucap 2 kalimah syahadah telah tersebar meluas di Internet. 

Dengan mengenakan hijab tertutup penuh, Stacy memilih nama Syaikah Stacy Abdullah sebagai nama Islamnya di Pejabat Agama Islam Johor Bahru pagi tadi.

Nampaknya, khabar angin benar-benar berlaku apabila media tempatan, mStar Online mengesahkan berita dirinya telah memeluk Islam hari ini. 

SAH PELUK ISLAM!!! Stacy Kini Pilih Islam Sebagai Agama Rasmi
Gambar Stacy yang tersebar di Internet dengan mengenakan hijab di kepala.

Stacy difahamkan ditemani Akim dan juga kedua-dua ibu bapa Akim serta bakal mengadakan sidang media bagi merungkai khabar angin tersebut esok.

SAH PELUK ISLAM!!! Stacy Kini Pilih Islam Sebagai Agama Rasmi Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.