Monday, August 10, 2015

Respon 'Sinis' Tun M Isu RM2.6b - "Obama Pun Tak Dapat Kumpul RM2.6B..."

Respon 'Sinis' Tun M Isu RM2.6b - Obama Pun Tak Dapat Kumpul RM2.6B...

SHAH ALAM: Isu wang derma yang disalurkan ke dalam akaun DS Najib oleh hamba Allah dari Arab akhirnya mendapat respon balas Tun M.
"Dikatakan (wang derma) itu datang dari Arab. Arab memang pemurah, tetapi tak sepemurah itu," itulah kata-ktaa dan bait-bait yang ditulis di blognya chedet.cc.
Seorang pemimpin yang berpengalaman dan disegani ramai, hujah beliau sekaligus menepis penjelasan DS Najib sebelum ini yang memberitahu dana RM2.6 bilion tersebut disumbangkan oleh penderma yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
"Siapa dalam dunia ini akan dermakan  AS$700 (RM2.6 bilion) juta kepada Perdana Menteri Malaysia?
"Malah Obama juga tak dapat kumpulkan jumlah ini ketika mengintai jawatan presiden," katanya.
Menurut beliau juga penjelasan dan juga setiap apa yang dikeluarkan oleh DS Najib disifatkan ramai sebagai tidak masuk akal malah apa yang lagi menyedihkan ia menjadi bahan ketawa ramai.
"Kalau diguna alasan, duit itu digunakan untuk parti sekali pun, pada saya mana-mana pihak yang menyimpan lebih RM2 bilion untuk parti pun akan dianggap salah," ujarnya dalam tulisan berjudul 'Malaysia'.  
Respon 'Sinis' Tun M Isu RM2.6b - Obama Pun Tak Dapat Kumpul RM2.6B...
Bekas Perdana Menteri Ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sumber Sinar Harian

Respon 'Sinis' Tun M Isu RM2.6b - "Obama Pun Tak Dapat Kumpul RM2.6B..." Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.