Monday, August 24, 2015

RESPECT SANGAT!!! Tunku Tun Aminah Arah Singa Lemah Diberi Rawatan Segera

RESPECT SANGAT!!! Tunku Tun Aminah Arah Singa Lemah Diberi Rawatan Segera

Sejak video yang memaparkan seekor singa di sebuah zoo di Johor yang dilihat agak lemah serta tidak bermaya tersebar, ramai netizen malah rakyat Malaysia yang mengharapkan pihak berkenaan lebih peka dan prihatin akan kesihatan singa tersebut.

Bukan itu sahaja, singa berkenaan dilihat cedera di kaki. Ekoran daripada itu juga, ramai yang marah dengan keadaan haiwan ini yang sepertinya diabaikan.

Salah seorang pengguna laman Twitter, Nardnazeer memuat naik video tersebut yang berdurasi 30 saat dengan paparan yang menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihat.

"Pihak berkuasa zoo, sila lakukan sesuatu. Singa itu kelihatan lemah dan perlukan rawatan perubatan," tweet Nardnazeer individu yang memuatnaik video berkenaan.
Sikap prihatin dan penyayang anakanda Sultan Johor, Tunku Tun Aminah jelas terpancar apabila dirinya telah memuat naki screen-shot perbualan baginda yang mengarahkan agar tindakan segera diambil untuk merawat haiwan tersebut.

RESPECT SANGAT!!! Tunku Tun Aminah Arah Singa Lemah Diberi Rawatan Segera
Tunku Tun Aminah memuat naik screen-shot di Instagram miliknya. 

Lihat, beginilah salah satu contoh pemimpin yang prihatin dan peka dengan keadaan sekeliling. Tak kiralah masalah keselamatan dan kebajikan haiwan mahupun manusia, ia tetap terjaga selagi mana ia layak. 

Tahniah diucapkan kepada Tunku Tun Aminah dan terima kasih juga kepada mereka yang memberitahu.

RESPECT SANGAT!!! Tunku Tun Aminah Arah Singa Lemah Diberi Rawatan Segera Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.