Thursday, August 6, 2015

Punca Sebenar Murid Darjah 5 Melahirkan Bayi Di Usia Muda

Punca Sebenar Murid Darjah 5 Melahirkan Bayi Di Usia Muda

Malang buat kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun ini apabila kisahnya mengejutkan ramai melahirkan bayi di usia yang masih lagi kecil.

Kanak-kanak yang melahirkan bayi di sebuah klinik swasta di Bahau, Negeri Sembilan pagi semalam disyaki menjadi mangsa manusia yang bertopengkan syaitan.

Lelaki yang didakwa berusia dalam lingkungan 30-an punca kepada berlakunya kes ini. Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Hamzah Alias memberitahu nenek yang juga menjaga kanak-kanak ini telah membawa cucunya ke sebuah klinik setelah mangsa mengadu sakit perut.

Bagaimanapun, memeranjatkan apabila punca sebenar cucunya sakit perut disebabkan hendak bersalin. Kini kanak-kanak itu selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Sementara itu, individu yang disyaki melakukan jenayah ini memiliki rekod jenayah yang lampau dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan mangsa. Apa yang menyedihkan kanak-kanak ini telah pun menyedari kondisi diri yang sedang hamil namun bertindak merahsiakannya kerana takut.

Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang bakal menjatuhi hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Kepada para ibu bapa dan penjaga, awasilah anak anda dan keluarga anda dengan baik kerana kes jenayah semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Punca Sebenar Murid Darjah 5 Melahirkan Bayi Di Usia Muda Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.