Thursday, August 13, 2015

Pisau 12 Inci Melekat Di Kepala Bayi 11 Hari, Ditikam Pesakit Hospital

Pisau 12 Inci Melekat Di Kepala Bayi 11 Hari, Ditikam Pesakit Hospital

VIETNAM: Malang sekali buat seorang bayi berusia 11 hari apabila parah ditikam di kepala oleh seorang pesakit di sebuah hospital 8 Ogos lalu.

Laporan Mirror menyatakan pisau sepanjang 12 inci melekat di kepala bayi berkenaan yang sedang tidur bersama ibunya.

Ibu kepada bayi, Vo Thi Hong Duyen, 32 tahun mendakwa pesakit yang berusia 51 tahun berkongsi bilik rawatan bersamanya menyerang bayi secara tiba-tiba pada jam 3.40 pagi.
"Beliau lompat ke arah saya dan kami bergelut. Kemudian saya dengar bunyi jeritan," ceritanya.
Pesakit tersebut kemudiannya ditahan oleh pekerja hospital selepas menikam kepala bayi tersebut. Hampir 3 jam pembedahan dilakukan bagi menyelamatkan nyawa bayi malang itu.
"Disebabkan kedudukan pisau tersebut yang berada dalam otak, bayi tersebut mungkin lumpuh, mengalami masalah pernafasan atau mati selepas pembedahan," kata penolong pengarah hospital, Dr Dao Trung Hieu.
Pisau yang tertusuk di mata kirinya juga berisiko berlakunya pendarahan atau infeksi berterusan kepada otak.

Sumber Sinar Harian

Pisau 12 Inci Melekat Di Kepala Bayi 11 Hari, Ditikam Pesakit Hospital Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.