Sunday, August 9, 2015

PILU! Bayi 5 Bulan Dan Bapa Maut Terhumban Ke Dalam Sungai

Bayi 5 Bulan Dan Bapa Maut Terhumban Ke Dalam Sungai

JASIN: Kemalangan yang berlaku pada Sabtu di Kampung Sebatu, Sungai Rambai, Melaka telah mengorbankan seorang lelaki dan anaknya yang berusia 5 bulan apabila kereta dinaiki mereka terhumban ke dalam sungai.

Kereta yang dipandui oleh mangsa, Muhammad Faris terlebih dahulu merempuh sebuah kereta lain sebelum terhumban ke sungai terbabit namun mangsa yang dirempuh hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke klinik.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu menyebabkan Muhammad Faris maut di tempat kejadian dan bayinya, Putra Muhammad Arif, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke klinik kesihatan Sungai Rambai.

Isterinya pula, Harisah Diana Zakaria, 24 tahun cedera parah di leher. Pihak bomba menerima panggilan tepat jam 6.08 petang dan bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang turut dibantu oleh orang awam.

Sumber Astro Awani

Sumber dikemaskini...
PILU! Bayi 5 Bulan Dan Bapa Maut Terhumban Ke Dalam Sungai
Info update dari saudara terdekat.
Semoga mangsa yang juga masih dalam keadaan koma pulih dengan segera. Takziah kepada ahli keluarga yang terlibat.

PILU! Bayi 5 Bulan Dan Bapa Maut Terhumban Ke Dalam Sungai Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

1 comments:

  1. Salam.

    Minta tolong update info. Kereta yg dirempuh merupakan kereta saudara terdekat saya. Isteri pemandu kereta yg dirempuh telah kembali ke pangkuan Penciptanya jam 9.50 malam dan si suami masih koma dan kritikal di Hospital Muar.

    P/s: Copy and paste might be very convenient to some of us. But sometimes, we didn't realize how ctrl c + ctrl v can do damage to a few of us.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.