Monday, August 17, 2015

Pesawat Terhempas Trigana Air Bawa Wang Tunai RM1.9j

Pesawat Terhempas Trigana Air Bawa Wang Tunai RM1.9j

JAYAPURA, INDONESIA - Pesawat Trigana Air yang gagal dikesan semalam dan dilaporkan terhempas didakwa membawa wang sebanyak 6.5 bilion rupiah (RM1.9 juta).

Laporan Kompas menyatakan wnag tersebut merupakan pampasan kepada kenaikan BBM (petrol) kepada penduduk di 8 daerah di Pergunungan Bintang.
"Wang itu dihantar oleh empat pegawai pejabat Pos Jayapura," kata FX Haryono kepada wartawan. 
"Wang tersebut sepatutnya dibayar bermula hari ini," menurutnya lagi.
Pesawat milik Trigana Air IL 267 jenis ATR 42-300 dilaporkan gagal dikesan dan disahkan terhempas petang semalam di daerah Okbape, Papua akibat cuaca yang buruk.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Pengangkutan, Julius Barata, menyatakan tiada petunjuk bahawa juruterbang membuat panggilan kecemasan.

Sumber Sinar Harian

Pesawat Terhempas Trigana Air Bawa Wang Tunai RM1.9j Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.