Tuesday, August 25, 2015

Penyokong JDT Buat Kecoh Di Stadium, Bakal Terima Habuan!!

Penyokong JDT Buat Kecoh Di Stadium, Bakal Terima Habuan!!

JOHOR BAHRU: Seramai 13 penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan mengganggu ketenteraman awam selepas perlawanan Liga Super antara pasukan itu menentang Perak di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, minggu lalu.

Sebahagian daripada 13 penyokong bola sepak termasuk seorang wanita...

Semua mereka mengaku bersalah dan dikenakan denda RM100 setiap seorang selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Mereka juga berdepan hukuman 12 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan.

Dalam pada itu, di mahkamah sama, seorang lagi penyokong JDT, Alif Naimmullah Zulkifli, 18, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas seorang anggota polis bantuan selepas perlawanan bola berkenaan.

Mohd Azlan Shah kemudiannya menetapkan Alif Naimmullah dikenakan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin dan 15 September depan untuk sebutan semula kes.

Penyokong JDT Buat Kecoh Di Stadium, Bakal Terima Habuan!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.