Monday, August 24, 2015

Panas! Menteri Besar Johor Digesa Letak Jawatan

Panas! Menteri Besar Johor Digesa Letak Jawatan

PETALING JAYA: Seorang ketua Umno bahagian menggesa Datuk Seri Khaled Nordin melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Johor berikutan pendirian bercanggah berhubung sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos mempersoalkan keikhlasan Khaled apabila menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri ketika Persidangan Umno Bahagian Pasir Gudang.

Namun kata Jamal, pada masa yang sama orang kanan Khaled serta anak beliau sendiri, Akmal Saufi melancarkan serangan terhadap Najib yang juga Presiden Umno.

"Tindakan orang-orang kanan Khaled menghentam Perdana Menteri ini mengakibatkan Johor kini mula menampakkan penentangan terhadap Datuk Seri Najib.

"Kepada Khaled saya ingin berpesan, jadilah anak jantan.  Jika mahu menentang Perdana Menteri, lakukanya secara terang-terang, letak jawatan dan lawan macam pendekar.

"Jangan main baling batu sembunyi tangan. Najib perlukan barisan yang sehati, sejiwa untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Panas! Menteri Besar Johor Digesa Letak Jawatan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.