Thursday, August 27, 2015

PADAH SELFIE!! Doktor Ini Bakal Terima Habuan Lumayan

PADAH SELFIE!! Doktor Ini Bakal Terima Habuan Lumayan

PUTRAJAYA: Doktor wanita yang merakam gambar 'selfie' di sebuah hospital di Johor Baharu, berkemungkinan berhadapan tindakan ditamatkan perkhidmatan dengan Kementerian Kesihatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Bagaimanapun, katanya, tindakan terhadap doktor yang berkhidmat kurang dari lima tahun itu akan bergantung kepada hasil siasatan Jawatankuasa Tatatertib Kementerian Kesihatan.
"Tindakan lain ialah digantung kerja atau dikenakan tindakan pentadbiran," katanya mengulas tindakan doktor wanita itu yang merakam gambar selfie sambil menunjukkan isyarat 'peace' dengan pesakit dalam posisi bersalin. 
Menurut Dr Subramaniam, ia perbuatan serius kerana melanggar etika sebagai pengamal perubatan.
"Bayangkan hendak menjadi doktor bukan senang kerana perlu mengambil masa bertahun-tahun dan menelan belanja tinggi, tetapi kerana selfie dalam beberapa saat, masa depan bakal gelap," katanya.
Perbuatan doktor itu mengundang kemarahan orang ramai terutamanya pengguna laman sosial yang turut mengecam aksi merakam gambar terbabit.

PADAH SELFIE!! Doktor Ini Bakal Terima Habuan Lumayan
Foto doktor selfie bersama pesakit dalam posisi bersalin...

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang turut mengecam tindakan yang mengaibkan maruah pesakit itu berkata anggota keluarga atau suami pesakit boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor berkenaan.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam memberi amaran keras kepada pegawai perubatan agar tidak mengulangi perbuatan sama serta mengingatkan bahawa mereka mempunyai etika kerja yang wajib dipatuhi.

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam berkata pihaknya akan membentangkan pindaan Akta Pergigian 1971 di Parlimen pada Oktober ini, bagi mewujudkan bidang kepakaran dalam profesion pergigian.

PADAH SELFIE!! Doktor Ini Bakal Terima Habuan Lumayan
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam...

Beliau berkata, tujuan diwujudkan bidang kepakaran pergigian bertujuan untuk memantapkan lagi perkhidmatan kesihatan di negara ini dan menangani penyalahgunaan gelaran pakar pergigian.

"Dengan pindaan akta ini, doktor gigi yang mempunyai kepakaran bidang tertentu seperti rawatan mulut dan gusi serta pembedahan tulang di muka perlu berdaftar di bawah pihak kementerian," katanya.

Sumber Berita Harian

PADAH SELFIE!! Doktor Ini Bakal Terima Habuan Lumayan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.