Monday, August 24, 2015

Orang Melayu Akan Bangsat Kalau Umno Hilang Kuasa - PM Najib

Orang Melayu Akan Bangsat Kalau Umno Hilang Kuasa - PM Najib

KANGAR: Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anggota UMNO wajib mempertahankan parti yang menunjang kepimpinan negara itu, kalau tidak orang Melayu akan bangsat sekiranya UMNO yang meneraju politik negara ini kehilangan kuasa.

Peringatan itu diberikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020 di Kangar.

“Saya pernah kata bahawa seandainya UMNO hilang kuasa, apa akan terjadi kepada bangsa Melayu dan umat Islam?"

“Dalam banyak-banyak perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa, ada orang kata, orang Melayu akan tersungkur, orang Melayu akan terkecundang dan ada yang kata orang Melayu akan tertiarap,” katanya.

Menjelas lanjut mengenai perkara itu, Najib berkata beliau memilih perkataan bangsat kerana tidak ada perkataan lain yang boleh menggambarkan keadaan orang Melayu, yang akan cukup tertekan jika UMNO hilang kuasa.

"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat kalau UMNO hilang kuasa. Terbangsat...tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan untung nasib yang cukup tertekan, hilang segala-galanya, hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan," katanya.

Oleh itu, katanya segala permasalahan yang berlaku dalam parti perlu diselesaikan bagi memastikan UMNO kekal berkuasa.

"Kalau ada masalah, cari penyelesaian, sama ada peringkat nasional, peringkat negeri, takkan tidak ada penyelesaian," katanya.

Sumber Astro Awani 

Orang Melayu Akan Bangsat Kalau Umno Hilang Kuasa - PM Najib Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.