Tuesday, August 25, 2015

Ringgit Jatuh: Inilah Jaminan Nazri Aziz Kepada Pelajar Tajaan Kerajaan!!

Nazri Aziz JAMIN Pelajar Tajaan Kerajaan Tak Akan Kelaparan. Betul Ke?

Walaupun trend matawang Ringgit kini terus jatuh, namun pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pendidikan di luar negara tidak akan berlapar kerana mereka akan tetap ditaja kerajaan melalui biasiswa.

“Saya tidak fikir pelajar kita di luar negara akan kelaparan sebab dana tajaan kerajaan tetap disalurkan dengan jumlah sama. Kalau sebelum ini mereka terima 500 pound ia tidak akan dikurangkan kepada 400 pound.
“Kerajaan yang menanggung sebab itu saya tidak fikir pelajar tajaan kerajaan tidak akan menderita kerana mereka masih dibiayai dengan jumlah biasiswa yang sama. Pada pendapat saya mereka tidaklah menderita sehingga tidak dapat beli makanan dan lain-lain kerana mereka tajaan kerajaan,” ujar beliau.

Berhadapan dengan situasi mencabar ini, ujar Nazri, kerajaan merupakan pihak yang terpaksa menanggung beban dan bukanlah keluarga pelajar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Rengas berkenaan turut menyifatkan tidak logik sekiranya ibu bapa yang menghantar anak mereka mendakwa turut menderita kesan kejatuhan nilai Ringgit ketika ini.

Ia berikutan kemampuan mereka menanggung anak ke luar negeri dan sedia menerima apa-apa risiko.

“Sekiranya anak mereka tidak ditaja kerajaan ini bermakna ibu bapa berkemampuan dan sudah tentu bersedia menanggung risiko dan impak kejatuhan ringgit kerana pelajar yang tidak mampu akan mendapat biasiswa daripada kerajaan.”

Selain itu, Nazri turut mengingatkan semua pihak bahawa kerajaan sememangnya bertungkus-lumus untuk memastikan nilai matawang Ringgit berada pada paras yang terbaik.

“Kejatuhan mata wang ialah fenomena dunia, Malaysia bukan satu-satunya negara yang menghadapinya.
“Apa yang saya nak katakan kami (kerajaan) tidak gembira dan jangan fikir kerajaan hanya diam dan tidak berbuat apa-apa untuk kukuhkan nilai ringgit tapi kalau harga minyak jatuh salah kita ke?”
Sumber Malaysian Digest 

Ringgit Jatuh: Inilah Jaminan Nazri Aziz Kepada Pelajar Tajaan Kerajaan!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.