Wednesday, August 19, 2015

Muda-Muda Dah Jadi Janda! Remaja Ini Bergelar Janda Usia 15 Tahun

Muda-Muda Dah Jadi Janda! Remaja Ini Bergelar Janda Usia 15 Tahun

Membina rumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah, banyak aspek yang perlu ditikberatkan lebih-lebih lagi dari persiapan mental dan fizikal. 

Siapa sangka remaja ini sudah bergelar janda di usia 15 tahun. Jika difikir, masih terlalu awal. Dengan keadaan zaman sekarang ini, dengan usia pada 15 tahun sepatutnya seseorang individu itu masih lagi sibuk belajar, menimba ilmu namun lain pula bagi remaja ini. 

Sayang seribu kali sayang apabila dia sudah pun memegang rekod gelaran ‘janda’ pada usia yang dianggap masih lagi begitu muda.

Paling menyayat hati, remaja perempuan berasal daripada Marang, Terengganu ini diceraikan dengan talak tiga iaitu tidak kurang setahun setelah disatukan hanya menerusi satu panggilan telefon.

Tidak pasti apakah puncanya, namun apa yang dapat disimpulkan mereka sudah tidak sehaluan lagi untuk hidup bersama melayari bahtera mahligai rumahtangga sehingga ke akhir hayat.

Bercerita mengenai kisah remaja malang ini, dia dinikahkan dengan kekasih hatinya yang berusia 30-an pada 12 September tahun lalu sebelum didakwa diceraikan dengan talak tiga pada 23 Julai lepas.

Tarikh tersebut secara kebetulan jatuh seminggu sebelum umat Islam di seluruh negara bergembira menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Menurut ibunya, walaupun pahit menerima kenyataan yang menimpa anaknya itu, namun dia tetap reda dan beranggapan semuanya pasti mempunyai hikmah tertentu di sebaliknya.

“Siapa tidak sayang anak. Terjadi pula perkara macam ini dalam usia masih muda, memang saya sedih. Namun saya pesan kepada anak agar sentiasa tabahkan hati, kerana usianya masih muda dan banyak lagi perlu dia belajar.

“Kejadian ini diharap memberi pengajaran kepadanya dan anak-anak saya yang lain. Dia juga sudah berhenti sekolah sebelum berkahwin. Selepas bercerai dia kini tinggal bersama saya serta adik-beradiknya.

“Cuma saya berharap apa yang terjadi ini akan dilupakannya. Bagi saya, dalam usia kini baru 15 tahun, masanya masih panjang dan dia tidak perlu terlalu risau atau tertekan meskipun bergelar janda dalam usia sangat muda.

“Saya juga berharap perkara ini sudah selesai dengan baik dan mereka berdua dapat menjalani kehidupan masing-masing dengan baik. Saya juga meminta masyarakat tidak pandang serong terhadap anak saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, wanita yang memiliki 10 anak ini mengakui dia sebenarnya mengetahui punca keretakan rumah tangga anaknya namun memilih untuk tidak mendedahkan demi menjaga hati banyak pihak.

Pada masa yang sama, dia berharap moga kisah anaknya menjadi pengajaran buat anaknya dan orang ramai khususnya golongan remaja yang bercinta di usia muda.

Harus diingatkan, bukan mudah untuk mendirikan rumah tangga, kerana banyak cabaran yang perlu dihadapi selain perlu matang dalam membuat setiap keputusan.

Kepada masyarakat diluar sana, fikir dahulu sebelum membuat keputusan. Usahlah terburu-buru. Bimbang tersilap langkah akan merugikan diri sendiri. Semoga kisah ini dijadikan iktibar dan pengajaran buat kita semua. Tidak semua perkahwinan yang dibina pada usia masih muda akan bertahan lama.

Muda-Muda Dah Jadi Janda! Remaja Ini Bergelar Janda Usia 15 Tahun Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.