Thursday, August 27, 2015

MENYERAMKAN!! Persoalan Jeritan Dari Dalam Kubur Kini Terjawab

MENYERAMKAN!! Persoalan Jeritan Dari Dalam Kubur Kini Terjawab

Seorang remaja perempuan yang diisytiharkan meninggal dunia menjerit meminta pertolongan sehari selepas dikebumikan.

Neysi Perez, 16, dilaporkan meninggal dunia ketika bangun untuk ke tandas di luar rumahnya di La Entrada, barat Honduras.

Remaja yang mengandung tiga bulan itu, dipercayai pengsan selepas mengalami serangan panik selepas terdengar bunyi tembakan.

Dia kemudiannya dikebumikan dengan pakaian pengantin yang dipakainya ketika berkahwin baru-baru ini.


MENYERAMKAN!! Persoalan Jeritan Dari Dalam Kubur Kini Terjawab
Foto mangsa...

Bagaimanapun, sehari selepas pengembumian, suaminya, Rudy Gonzales pergi melawat kubur isterinya dan kemudian dia mendengar jeritan meminta tolong  dari dalam keranda tersebut.

Yakin bahawa suara jeritan tersebut adalah isterinya, dia bersama-sama ahli keluarga yang lain bertungkus lumus memecahkan binaan konkrit kubur bagi mengeluarkan mangsa.

Ahli keluarga yang mengeluarkan mangsa menjumpai kesan hentakan pada cermin kaca yang menutupi keranda dan tangan remaja tersebut juga didapati lebam.

Mangsa dibawa ke hospital berdekatan San Pedro Sula, namun pakar perubatan mengesahkan dia sudah meningal dunia dan kemudiannya dikebumikan semula di dalam kubur yang sama.

MENYERAMKAN!! Persoalan Jeritan Dari Dalam Kubur Kini Terjawab
Foto majlis pengkebumian mayat...

MENYERAMKAN!! Persoalan Jeritan Dari Dalam Kubur Kini Terjawab Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.