Monday, August 24, 2015

Menghitung Hari.. Wajah Ceria Lisa Surihani Menjelang Kelahiran Bayi Sulung

Menghitung Hari.. Wajah Ceria Lisa Surihani Menjelang Kelahiran Bayi Sulung

Bagaikan menghitung hari. Itulah yang boleh digambarkan buat kedua pasangan ini iaitu Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim bakal menerima kehadiran sinar baru dalam hidup mereka.

Lisa dan Yusry dilihat begitu teruja meraikan detik indah menjelang kelahiran anak sulung mereka menerusi satu majlis semalam.

Menghitung Hari.. Wajah Ceria Lisa Surihani Menjelang Kelahiran Bayi Sulung


Pelakon yang popular menerusi filem Papa, I Love You itu nampak berseri-seri sepanjang majlis berlangsung dan dimeriahkan dengan hadiah dari tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat. 

Lisa turut meluahkan rasa syukurnya dengan kelancaran majlis menerusi kapsyen yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
"Syukur Alhamdulillah, majlis doa selamat menyambut kelahiran pada 15 Ogos dan kejutan yang dirancang oleh rakan rapat pada 23 Ogos ternyata memberi kenangan cukup indah buat kami berdua.
"Terima kasih kepada semua yang menjadikan memori ini begitu bermakna dan akan disemat di memori buat selamanya," tulis Lisa di status gambar miliknya.  
Apapun tahniah buat Lisa Surihani yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Tak sabar rasanya nak tengok bayi pertama mereka. Agak-agak mirip sape erk? Heheehh!

Menghitung Hari.. Wajah Ceria Lisa Surihani Menjelang Kelahiran Bayi Sulung Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.