Wednesday, August 19, 2015

Media Salah Tafsir, Vape Belum Diputuskan Haram!

Media Salah Tafsir, Vape Belum Diputuskan Haram!

Trend menghisap vapour kini semakin popular dalam kalangan remaja. Mungkin ia dikatakan lebih selamat berbanding rokok, maka pengambilan vapour atau vape ini juga diambil oleh golongan wanita.

Namun baru-baru ini kecoh juga apabila ada yang mengatakan pengambilan vape adalah haram.

Keliru juga yang mana satu betul.

Sebelum ini Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin telah mengeluarkan fatwa mengharamkan vape namun beliau menafikan hal itu. 

Menurut beliau, kenyataannya sebelum ini telah disalah tafsir oleh pihak media.

"Saya bercakap di atas kapasiti saya, dari sudut pandangan peribadi, bukannya mewakili Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Saya juga menyatakan, sekiranya pakar telah mengesahkan vape itu memudaratkan kesihatan, membawa kepada pembaziran serta merosakkan alam sekitar, maka ia boleh jatuh haram seperti rokok atau shisha.

"Kami sedang menunggu laporan penuh dan penjelasan dari pakar Kementerian Kesihatan dan jika didapati vape memudaratkan kesihatan makan ia akan difatwakan sebagai haram," katanya, lapor The Rakyat Post.

Awal pagi semalam, media tempatan mahupun online melaporkan vape telah difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tersebar di laman sosial.

Apapun sama-sama kita nantikan laporan penuh dari pakar Kementerian Kesihatan sama ada Vape adalah haram mahupun sebaliknya untuk diambil. 

Media Salah Tafsir, Vape Belum Diputuskan Haram! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.