Sunday, August 23, 2015

Lantang Bersuara Secara Terbuka Mantan TPM Bakal Diambil Tindakan!

Lantang Bersuara Secara Terbuka Mantan TPM  Bakal Diambil Tindakan!

Sebuah Umno Bahagian di Sabah meminta tindakan disiplin diambil terhadap Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Umno Bahagian Penampang meluluskan resolusi kecaman terhadap Muhyiddin dengan mengatakan beliau gagal menjaga nama baik, integriti dan maruah parti.

Bahagian itu juga berkata Muhyiddin melanggar Perkara 20.8 Perlembagaan Umno dalam ucapannya semasa mesyuarat bahagian di Cheras, Pagoh, Kemaman, Kluang dan Semporna di mana perkataan yang dikeluarkan bersifat negatif dan boleh menjejaskan parti.

"Antara salah laku Muhyiddin adalah beliau bercakap secara terbuka mengenai perbualan peribadi dengan presiden parti dan isu nasional.

"Tindakan tersebut tidak seharusnya dilakukan mana-mana ahli Umno, terutamanya Timbalan Presiden," demikian menurut resolusi itu.

Usul tindakan terhadap timbalan presiden itu dibangkitkan oleh Ketua Cawangan Nambazan, Datuk Fredie Suah pada mesyuarat Umno bahagian itu pada Sabtu.

Bahagian itu berkata walaupun ucapan Muhyiddin itu boleh dianggap sebagai nasihat tetapi mesej tersebut berbunyi negatif dan akan menjejaskan imej Umno.

"Malah, apa yang timbalan presiden lakukan boleh menghancurkan dan membuatkan parti itu berkubur pada Pilihan Raya Umum akan datang," katanya.

Menurut bahagian itu, walaupun Muhyiddin tidak bersetuju dengan presiden parti, beliau boleh bercakap atau menulis kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyuarakan pandangannya.

Ketua Umno Penampang, Datuk John Ambrose berkata bahagian itu telah membuat ketetapan tersebut kerana mana-mana ahli tidak harus melanggar peraturan parti.

"Sebagai timbalan presiden, Muhyiddin harus menjadi contoh kepada ahli lain untuk menghormati peraturan Umno tetapi tindakan beliau bertentangan," katanya.

Lantang Bersuara Secara Terbuka Mantan TPM Bakal Diambil Tindakan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.