Wednesday, August 19, 2015

Lantang Bersuara! Beraninya Lelaki Ini Hina Taraf Seorang Nurse


Apapun pekerjaan seseoarng itu, tidak selayaknya kita menghina pekerjaan mereka. Lagipun siapa kita untuk menghina mereka? Persoalannya layakkah orang itu menghina orang lain sedangkan yang menghina itu sebenarnya jauh lebih hina.

Kecoh seketika apabila salah seorang lelaki bernama Indrasyah Aiman, dilihat menghina golongan jururawat secara terbuka dan ia telah tersebar di laman sosial.

Ramai yang tidak berpuas hati dengan apa yang ditulis oleh lelaki ini namun akaun facebook lelaki ini telah pun ditutup.

Motif sebenar lelaki ini menghina golongan jururawat tidak dapat dikenal pasti. 

"Panggil nurse la sebab kalau dikira-kira, nurse ni kuli la! Takkan nak marah doktor? Doktor tu kena hormat, gaji dia besar, belajar tahap tinggi. Korang nurse-nurse ini taraf hamba abdi jer. Ada pula bandingkan nurse dengan doktor. Akal ada ke?

"Kalau sakit, bukan nurse yang berbakti, doktor itu yang kena hormat. Nurse ini umpama hamba abadi dan kuli batak jer. Kelas SPM jer. Kalau doktor, belajar tinggi. Dah kerja kita macam tu, kenalah buat. Bukannya nurse-nurse ini ikhlas sangat pun," katanya.
Lantang Bersuara! Beraninya Lelaki Ini Hina Taraf Seorang Nurse
Facebook Indrasyah Aiman yang sempat discreenshot sebelum dinyahaktifkan!

Alangkah biadabnya manusia seperti ini. Apakah dia tidak tahu, doktor tidak mampu merawat pesakit yang ramai jika jururawat tiada atau sebaliknya?

Kedua-dua kerjaya ini saling memerlukan dan ya, memang doktor belajar lebih tinggi namun tidak wajar memandang rendah pada kerjaya jururawat kerana mereka juga pakar merawat. Doktor dengan perawatannya, jururawat dengan perawatan. 

Bengang jugak dengan mamat ni. Tak sayang mulut betol! Silap-silap haribulan, golongan yang ko hina tu akan jadi bini ko nanti. Baru tahu rasa! Nasihat kepada umum khususnya orang awam, usahlah berlagak pandai menilai pekerjaan mereka walhal kita tidak tahu pun selok belok pekerjaan mereka.

Lantang Bersuara! Beraninya Lelaki Ini Hina Taraf Seorang Nurse Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.