Sunday, August 30, 2015

Lantang Bersuara Amoi 'Bersih' Kena Sound Mat Salleh... Amek Kau!!

Lantang Bersuara Amoi 'Bersih' Kena Sound Mat Salleh... Amek Kau!!

Budi bahasa budaya kita. Itulah yang selalu dididik oleh orang tua kita sejak dari kecil bukan? Namun, apa yang terjadi hari ini segelintir individu gagal menjiwai sifat murni tersebut lantas ada yang bertindak diluar kawalan. Padahnya diri sendiri yang malu.

Menerusi video di bawah jelas menunjukkan seorang wanita bertindak biadap dengan seorang lelaki 'mat salleh' ketika perhimpunan gelombang kuning Bersih diadakan.

Pada saat awal rakaman, video tersebut menunjukkan seorang wanita berkaca mata hitam terus-menerus menghentam ‘mat salleh’ berkenaan yang juga jurukamera di tengah-tengah kesesakkan perhimpunan Bersih.

Antara ayat kurang ajar yang disebut wanita tersebut adalah menghalau individu berkenaan dari Malaysia dan menuduhnya mengamalkan rasuah.

“…otherwise get out of this country.”
“You’re corrupted.”

Malah lebih teruk lagi, wanita berkenaan turut menggelar lelaki berkenaan bodoh!

Sepanjang kutukannya terhadap jurukamera berkenaan, si ‘nyonya’ itu bercakap dalam bahasa Inggeris, mungkin kerana ia bahasa utama dunia dan difahami orang asing, atau mungkin untuk menunjukkan dirinya lebih terpelajar.

Tapi dia silap apabila si jurukamera ‘mat salleh’ itu tidak berdiam diri dan membalas kembali kutukan tersebut dengan teguran tegas tapi sememangnya benar.

Lebih memalukan wanita tersebut, setelah penat dia berhujah dalam bahasa Inggeris supaya Mat Salleh itu faham, tapi apabila tiba giliran lelaki berkenaan, dia membalas dalam bahasa Melayu!

“…saya orang Islam, saya tinggal di sini, isteri saya orang Malaysia. Jangan biadab.”
Lantang Bersuara Amoi 'Bersih' Kena Sound Mat Salleh... Amek Kau!!
Foto 'Mat Salleh' berkenaan...

Mungkin kerana terkejut dengan kata-kata lelaki tersebut yang fasih bertutur bahasa Melayu, rakaman selanjutnya menunjukkan reaksi wanita tersebut yang terpinga-pinga sambil menahan malu.

Itulah, lain kali kalaupun nak tunjuk berani depan ‘geng’ sendiri, usahlah ada niat nak bodohkan orang lain ye ‘auntie’. Nah, kan dah malu sendiri. 

Lantang Bersuara Amoi 'Bersih' Kena Sound Mat Salleh... Amek Kau!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.