Monday, August 24, 2015

Kisah Menyentuh Hati! Jujurnya Lelaki Ini Mencari Sesuap Rezeki...

Kisah Menyentuh Hati! Jujurnya Lelaki Ini Mencari Sesuap Rezeki...

Kisah ini telah dikongsi bersama menerusi salah seorang pengguna Facebook iaitu Mizi Lalang.

Kata-kata yang diungkapkan oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang potong rumput apabila tanpa sengaja memecahkan cermin sebuah kereta begitu menyentuh hati.

Pemilik kenderaan yang berang dengan insiden itu terus mencari siapakah gerangan yang menyebabkan cermin keretanya pecah.

Namun dia kemudiannya terkedu dengan pengakuan tukang potong rumput dari etnik Rohingya itu yang sanggup membayar kos menggantikan cermin kereta tersebut walaupun bosnya sedia berbuat demikian.

"Dia kata kalau saya buat, biar saya yang ganti. Kalau saya lari sekarang belum tentu di akhirat saya dapat lari. Allahurabbi," kongsi pemilik akaun Facebook, Mizi Lalang.
Menurut Mizi, apa yang menyentuh perasaannya, lelaki itu turut menceritakan mengenai negaranya yang bergolak tetapi dalam masa yang sama dia turut mengingatkan tentang akhirat dan kematian.

Tambah Mizi lagi, kisah ini turut memberi peringatan supaya jangan pandang remeh terhadap orang lain yang zahir nampak tiada apa-apa tapi dia jujur demi rezekinya dan mungkin mempunyai ilmu agama yang tinggi.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata netizen memuji sikap jujur yang ditunjukkan lelaki berkenaan.

Kisah Menyentuh Hati! Jujurnya Lelaki Ini Mencari Sesuap Rezeki... Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.